LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 30 April 2011

KULIM2011, HERE WE COME.....


Bagi kebanyakan rider, inilah jamboree pertama yang akan mereka hadiri. Walaupun sesetengahnya sekadar mengambil jersey, semangat kalian amat2 disanjungi untuk menjayakan salah satu event terbesar dalam arena MTB. Jika kita bernasib baik, wajah2 kita mungkin akan terpampang di dada2 akhbar dan media elektronik utama di Malaysia.

Berikut adalah senarai rider yang akan mengambil dan menerima goodies masing2 dari pihak penganjur Kulim International MTB Jamboree 2011 pada 30 April 2011, hari yang mana aku menyambut usia ke 41 tahun dah.

Team Gerek Basikal terdiri dari 18 rider kesemuanya.

 
 
315Azmil Bin JamilMaleTeam Gerek Basikal XL Confirm  
. 316 Zamzuri B Zakaria Male Team Gerek Basikal XL Confirm   
. 317 Adzhar B Ahmad Male Team Gerek Basikal XXL Confirm   
. 318 Raslan B Nanyan Male Team Gerek Basikal XL Confirm   
. 319 Mokhtar B Mustaffa Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 320 Rizaini Khiyar B Md Salleh Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 321 Shabani B Mohd Radzi Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 322 Mokhtar B Said Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 323 Azman b Said Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 324 Ahmad Shukri B Kasim Male Team Gerek Basikal M Confirm   
. 325 Mohamed Kamal Al Kharari Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 326 Yahaya B Salleh Male Team Gerek Basikal M Confirm   
. 327 Zambari B Ali Male Team Gerek Basikal XL Confirm   
. 328 Zainol B Matt Male Team Gerek Basikal L Confirm   
. 329 Amran B Ahmad Male Team Gerek Basikal XL Confirm   
. 334 Suhizam B Che Din Male Team Gerek Basikal XL Confirm   
. 567 Ahmad Shukri B AwangMale Team Gerek Basikal XL Confirm   
. 1078 Mohd Hafidz Fahmi B Ahmad ShukriMale Team Gerek Basikal S Confirm   
.  
  
   
.         

 
Untuk semua rider yang akan berkayuh pada esok hari, semoga cepat sampai dan selamat semuanya dan dianugerahi dengan hadiah lucky draw yang lumayan. Untuk peringatan kepada rider yang tak mahu berkayuh, walaupun anda dapat goodies, anda tidak akan dapat medal.

Dan kepada yang kuat2 tu, kalau tak dapat hadiah utama pun, bagilah dapat nombor kedudukan yang baik2, bawah 100 tu kira ok lah. Jangan lupa, lawatilah http://www.kulim2011.com/ untuk maklumat tentang trek.






Saturday 23 April 2011

ROAD TO TUNJANG @ BUASIR CHRONICLE

Last week, hari Sabtu(16Mac2011) Aku, my wife dan anak bongsu aku ke Tunjang, Kedah untuk 1 tujuan(bukan 1 Malaysia), apalagi buasir aku le, yang tak nak sembuh2 lagi. Tension betul. Tapi redha dengan ketentuan Allah SWT yang sememangnya ada hikmah. Cuma kita sebagai hambaNYA terlalu bodoh untuk mengerti dan memahami. Pi Tunjang ambik ubat atas nasihat Raja Azriffudin, rider dari Jitra, Kedah.


Macam biasa, wife aku yang drive sebab aku tak selesa nak duduk.
Pesakit buasir ni nak duduk pun kena menyenget sikit tau.
Macam mana nak bawak kereta. MTB apatah lagi le…


Aku dan anak bongsu aku, pi dengan kereta pinjam


Masjid Pekan Kepala Batas. Lepas keluar tol exit Kepala Batas,
di pekan Kepala Batas. Cantik masjid ni.




Dulu2 kami dok panggil pekan Jitra je.
La ni, Subhanallah besaqnya pekan Jitra nie.
Dah boleh panggil bandar Jitra dah pun.
Jalannya dah luas, seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan


Masjid Lama Jitra...Dah lama aku tak solah kat sini.
Masa dok kat Aloq Setaq, kerap jugak mai sini pada malam Jumaat.


Masjid Baru Jitra = Luas dan Selesa.
Tapi dah lama jugak la masjid ni walaupun namanya Majid Baru.


Salah satu masjid lepas pekan Jitra.
Jangan bimbang, Malaysia kan negara Islam
yang dinamik, masjid ada merata-rata.


Dah sampai Tunjang, kita akan disambut dengan sekolah nie


Kedai ubat yang aku pi, opposite dengan sekolah cina ni.
Sekolah ni pulak sebelah SRK Tunjang.


Ni dia kedai ubatnya. Tabib cina yang uruskan.
Tapi ubatnya aku tengok dipack elok.
La ni ubat tradisional pun kena dapat kelulusan
dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Masa baru sampai… Nak balik lagi ramai.
Siap kena ambik nombor lagi Ingat aku org jauh(SP),
Penang mali pun ada.
Brapa? RM74 utk seminggu makan + krim sapuan.


Kereta tokey oo. Dah 71 tahun. Nak bergambar dia tak mau.
Dia pun dah tak larat oi. Baru 2 hari baru baik demam je.


Masa balik ke SP, pecut habis tapi masih ikut speed limit. Takut kena saman ekor lagi daa. Banyak urusan kat SP yang menanti, ambik spek anak, hantaq anak asrama, hantaq anak tusyen....dan sebagainya....


Sunday 17 April 2011

PRA-TONTON - FooD@ >BAKAL MENGGANTIKAN JALAN2 CARI MAKAN


Kali nie aku nak bercerita tentang makan kejap. Maklumlah, MTB dah lama cuti sebab penyakit aku tu. Sebenarnya aku terpanggil nak tulis pasal makan ni sebab aku rasa rider2 dan bukan rider, kalau tak esok pun, mungkin satu hari anda nanti akan berkunjung ke Sungai Petani, Kedah atas urusan tertentu, kerja ke atau nak boleh menantu orang Sg Petani ke, atau nak menghadiri jamboree tertentu seperti jamboree di Thailand bukan Jun 2011 nanti, bolehlah cuba masakan di restoran yang aku dah try kat bawah nie.

Macam nie ceritanya...jeng... jeng... jeng. Hari Jumaat malam(15-4-2011) aku bawa familiku ke satu kedai makan....Pic kat bawah akan menceritakan segalanya



Wife aku yang drive. Terok ooo kalau kena buasir,
nak drive pun tak boleh kerana sakit punggung masa nak drive.
So, pengajaran no wahid; kalau wife tak boleh drive lagi,
tak rugi dia cari ilmu memandu nie.
Terkejut tergempaq, bolehla jugak wife kita drive.


Tesco SP Selatan; Sebelum sampai di kedai makan, singgah kat Tesco SP Selatan.
Anak sulong nak buat spec mata baru. Power spec yg lama tak cukup dah.
Dok kat belakang tak boleh nampak jelas kat papan putih. Baca buku banyak kot?
Tahun ni nak ambil PMR. Eeemmm, tak dapat 8A, 9A pun jadiklah. Amin.


Mula2 cek kat sini untuk estimate power je, bukannya tepat.
Dah sah memang naik, dari 200 kepada 300. Spec baru la noo


Lepas tu test kat dark room la pulak untuk bacaan lebih tepat.


Anak aku no 2 pun nak cek mata juga. Power hanya 100 dan tak perlu buat lagi.
Selamat RM aku, he3
Ambik UPSR tahun nie. Eeemmm kalau tak dapat 4A, 5A pun kira ok la


Yang baju belang kuning tu no 3, saja pemerhati je...Jeng3, la ni baru kita pi makan.
oh ya, spec anak aku RM140. Ok le, spec dah makin murah la nie.
Mungkin persaingan perniagaan kot.
OK la nie cerita pasai makan. Aku tau you all dah lapar nie.


Ni lah kedai yang kami kunjungi kali ni. Ni bukan kedai baryani nasi kandar tau
(Jumaat je biasanya ada),
ni Melayu punya baryani yang Johor mari. Kalau kat Johor(Danga Bay dan Muar),
nasi macam ni memang dah popular. Tapi kalau kat Kedah,
restoran ni kiranya lain dari yang lain ni.
Jom kita masuk, Jom. Nak masuk percuma. nak makan je kena bayar.


Oh ya, kalau reader semua tak perasan, kedai Baryani Gam 88 terletak sebelah kedai daging Maliki nie.
Lokasinya dekat Lot 88, satu area yang terdiri dari rumah orang berada dan dibina lot kedai yg besaq2.
Lot 88 ni, kalau you all exit kat Tol SP Utara, turn left menghala ke bandar Sg Petani. Tengok sebelah kanan. Kalau dah nampak Tesco, maknanya dah terlajak la tu. Cepat buat U turn.


Gambar 1


ga 2 ; gambarPusat senaman One Fitness.
Kalau nak menang first masa jamboree, mai la bina otot kat sini dulu


gambar 3 ; 3 gambaq kat atas ni nak tunjukkan mercu tanda yang
readers akan nampak sebelum jumpa restoran Baryani Gam nie.
Lagi satu, kedai ni dekat dengan kedai Nasi Ayam Tat.
Dah jumpa kedai, jom tengok makanan la pulak


Pic 1: Ni la namanya nasi biryani gam. Gan UHU ka, gam kasut ka aku tak tau.
Yang penting sodap dan tak pedas, sesuai sangat utk orang berpenyakit buasir macam aku ni.
Papedom dia lain sikit rasanya dari yg aku makan kat nasi kandaq.
Ayam lembut, nasi dia pun lembut dn panjang.
Ori pulak tu, tak campur dgn beras yg pendek, semuanya panjang2.
Harga = RM terlupa. Order sepinggan je.


Pic 2 : Ni mee hailam. Anak aku yang nak. Order 3 pinggan @ RM5 sepinggan.
Pinggan punya la besaq, kuah banjir. Mee kira fair la. Sayur banyak jugak.


Pic 3 : Western food chicken chop sepinggan. RM8.90 sepinggan.


Pic 4 : Chicken grill. RM9.00 sepinggan


Pic 5 : Minuman dia dalam gelas besaq dan tinggi macam Komtar.
Fresh oren 2, Horlick ais 2, horlick panas 1, laici 1.


Total semua dari pic 1 sampai pic 5 = RM52.++ Ok tak. bagi aku ok le untuk 7 sekeluarga makan memang budget aku pun around RM50 ke RM55 je.

Suasana ok untuk famili, couple, bertunang, anak seorang atau anak 5 macam aku. Bersih dan kemas. Cuma masa kami pi tu, agak gelap sebab lampu banyak yang padam untuk mengelakkan binatang halus yg suka dok kat lampu tu.

Ok ada apa lagi boleh aku bantu. Kalau nak maklumat lebih lanjut, bolehla mail aku di gerek.basikal@yahoo.com atau tinggalkan mesej kat shout box atau komen ulasan kat bawah atau add aku dlm FB dan kemudian mesej aku melalui FB.

Hingga jumpa lagi di lain siaran, Assalamualaikum dan salam sejahtera.











Tuesday 12 April 2011

BUASIR OH BUASIR..AUHH SAKITNYE...

Lama aku tak update blog aku, sebabnya aku la ni kurang aktif berMTB kerana sakit buasir. Jadi aku rasa aku patut kongsi cerita dengan kawan2 rider, mungkin ada yang boleh dibuat iktibar.

Seingat aku, mula2 aku kena buasir ialah kira2 25 tahun lalu(1986) masa aku tingkatan 4. Mungkin sebab kurang air dan kurang makanan berserat seperti buah2an. Kemudian buasir ni penyakit yang sentiasa datang dan pergi, kejap ada kejap tiada. Bila ada aku makan ubat, baik, dan aku tinggalkan ubat dan kemudian bila datang penyakit buasir balik aku makan ubat semula dan sembuh semula. Kena buasir yang ringan2 je.

Kemudian....jeng..... jeng..... jeng...... Rupa2nya buasir ni ada beberapa peringkat, lebih kurang 4 peringkat. Maknanya sebelum nie aku kena buasir peringkat pertama je, tu pun kadang2 berdarah punya la banyak, sampai merah habis mangkuk tandas.

Satu ketika, lebih kurang di penghujung tahun 2009 sekali lagi aku kena buasir. Lagi sekali kena stop berMTB. Kali ni sakitnya bukan kepalang. Sebulan lebih aku kena makan ubat. Alhamdulillah sekali lagi baik. Tapi aku terpaksa stop naik MTB. Lama stop..., sampaila tahun 2011, kawan2 kejiranan aku banyak yang beli MTB.

2011 - Kegilaan mtb bermula. Jika dulu aku naik sorang2 je. Kali ni kayuhan bertambah seronok kerana ramai kawan2 kejiranan aku pun turut serta kayuh mtb sekurang2nya di hujung minggu. Seingat aku, di peringkat awal kayuhan tak ada masalah. Cuma najis aku selalu keras bila aku buang air besar. Sakit jugak, tapi aku masih buat tak kisah. Punca najis keras ni ialah kuantiti air yang aku minum tak mencukupi.

Bila start berdarah(first stage buasir) aku masih ambil ringan lagi tentang ubat. Kadang2 makan kadang2 terlupa makan ubat. Walhal, sikap ambil ringan ni akan membawa aku ke buasir peringkat 2 - bengkak di dalam atau kalau gambar di bawah, tertulis internal hemorrhoid(buasir dalaman). Teruk oii, sebab tak boleh sapu ubat utk mengecutkannya, hanya berharap kepada ubat makan semata-mata.


Seingat aku, pada 7 Mac 2011 kerana dah tertahan sakitnya aku ke klinik. Cuti 8, 9 dan 10 Mac 2011 dan sambung terus sampai habis cuti sekolah. Tapi yang syoknya pada 19 Mac 2011 tu tak la rasa sakit langsung sampaikan aku boleh berkayuh di Karnival MTB di PTSB, Kulim. Dan kenangannya ialah medal di bawah.









Dah jemu dan sakit yang kadang2 tak tertahan, bermulalah episod membeli belah, tapi bukan baju, ubat. Membeli belah ubat. Bermula dengan ubat dari Klinik Dr Akram(+ satu injection)

Tinggal ni je kenang dari Klinik Dr Akram. Yang lain dah habis (RM70)


Lepas tu, ambil ubat kat Farmasi SP pulak. Dulu ok, la di dah 4 kali ambik dah.
Masih belum sembuh lagi(4xRM15=RM60)


Kemudian ada member rekomen ubat dari Parit Panjang.
Aku cuba jugak, mana tau kot2 nak jadi asbab nak sembuh(RM12x2=RM24)


Kemudian ambik ubat kat Klinik kat Parit Panjang pulak.
Ubat untuk 2 minggu - RM85


Cuba pulak ubat yang ambil kat Klinik Pakar Buasir di Kota Sarang Semut.
RM200 untuk seminggu


Kelmarin(11Mac2011) pi lagi klinik Pakar Buasir di Kota Sarang Semut,
RM200 untuk seminggu lagi


Ubat buasir HPA pun balun jugak(RM20)


Setakat ni hanya ada positif sign je, belum betul2 sembuh lagi. Sabarle. Yang positifnya, berat aku jatuh dari 88kg kepada 79kg, sesuatu yang tak mungkin berlaku jika aku tak sakit buasir. Apapun, nak sembuh cepat. Dah jemu. Dan dah lama tak kayuh dah nie. Hopefully, sebelum 1Mei2011 aku betul2 disembuhkan oleh Allah SWT. Kita pakat2 doa la ye. Nak join Kulim Jamboree 2011. TKBB.






LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX